Dah lama tak makan murtabak lapis cream crackers.
Weekend lepas buatlah jugak.
BAHAN-BAHAN INTI:
500gm daging cincang
4 ulas bawang putih } ditumbuk
1 1/2 inci halia } ditumbuk
4-5 sudu makan rempah kari daging
Garam secukup rasa
(Gaul semua bahan di atas dan perap sebentar)
3 biji bawang besar } dipotong dadu
4-5 biji kentang } dipotong dadu
*Tuah guna russet potato, jadi guna 4 biji pun dah cukup banyak.
Kalau guna kentang biasa, anggaran 7-8 biji la.
Daun sup & daun bawang } dihiris
Cili hiris (jika suka pedas) } optional
Telor burung puyuh atau telor ayam } direbus - optional
Minyak untuk menumis
CARA:
1) Panaskan minyak dan tumis bawang besar dan cili hiris hingga separuh layu.
2) Masukkan daging yang diperap tadi. Masak hingga daging kering sedikit.
3) Masuk kentang yang telah dipotong dadu. Masak hingga kentang empuk.
4) Taburkan sedikit daun sup & daun bawang.
5) Angkat dan tuang dalam tapis supaya tos minyak.
BAHAN-BAHAN KULIT:
+ 400gm biskut cream crackers
1 cawan santan
1 cawan air
1 cawan susu cair } optional - Tuah tak guna susu cair pun.
Daun sup & daun bawang } dihiris
5-6 biji telor } dikocok
Keju parut } optional - Tuah tak letak. Tak nak muak sebab dah ada telor yang ditabur.
CARA:
1) Sediakan loyang. Alas dasar loyang dengan grease-proof paper atau aluminium foil. Kemudian sapukan dengan mentega.
2) Satukan santan dan air dalam kuali. Panaskan dengan api yang kecil.
3) Ambil biskut dan celup dalam campuran tadi. Jangan terlalu lama supaya biskut tak terlalu lembik dan pecah. Anggaran kembang sahaja.
4) Susun biskut yang dicelup tadi ke dalam loyang hingga menjadi satu lapisan yang rata.
5) Letakkan inti atas lapisan biskut tadi dan ratakan. Tabur daun sup & daun bawang. Curah telor yang dikocok tadi.
6) Ulang susun biskut yang dan dicelup. Letak inti.
7) Ulang proses ini hingga anggaran 3-4 lapisan (bergantung pada tinggi loyang).
Pastikan lapisan atas sekali adalah biskut dan bukannya inti.
8) Pada lapisan atas sekali, curah lebihan telor tadi rata-rata. Hiaskan dengan taburan daun-daunan.
9) Biarkan sebentar anggaran 5-10 minit sebelum dibakar dalam oven dengan suhu anggaran 150-160 deg. selama 40 minit atau hingga lapisan betul-betul masak.
Pastikan oven telah dipanaskan dahulu anggaran 10 minit sebelum murtabak dibakar.
Alhamdulillah, tertunai hajat tekak ni nak makan murtabak lapis cream crackers.